Skip navigation

Saya tidak akan lari, kata Pak Lah

This is what the Malaysiakini Malay version says. UMNO elections will be held in December.

He must be at the lowest ebb saying a thing like this. A Prime Minister? Misfortunes everywhere, the latest his favourite MB Idris is not leading Terengganu, his 4th floor guys are letting him down, his son-in-law makes no comments, Najib is in his own world, he is a lonely man only with Jeanne around. This what happens when you do not do the job.

Saya tidak akan lari, kata Pak Lah

Mar 27, 08 8:02pm

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau sedia dicabar untuk jawatan tersebut dalam pemilihan parti yang akan diadakan pada 16-20 Disember

“Saya terpaksa menghadapinya…saya tidak boleh lari (daripada berdepan dengan cabaran),” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang tadi.

Pemilihan Umno yang dijadualkan November tahun lalu, telah ditangguhkan untuk menghadapi pilihanraya umum yang lalu.

Perlembagaan parti itu membenarkan penangguhan pemilihan parti dibuat selama 18 bulan, sehingga awal tahun depan.

Menurut Abdullah, pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian pula akan bermula pada 17 Julai.

Sebelum ini kalangan pemimpin Umno berbelah-bagi berhubung cadangan supaya pemilihan parti ditunda sehingga tahundepan.

Bagaimanapun, jawatankuasa pengurusan parti yang bermesyuarat malam tadi berpendapat bahawa pemilihan parti wajar diadakan tahun ini juga.

Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telahpun mengumumkan hasratnya untuk mencabar jawatan presiden dalam pemilihan Umno kali ini.

Perlu pencalonan

Bagaimanapun, menurut perlembagaan parti, beliau perlu mendapatkan pencalonan daripada 30 peratus bahagian Umno untuk layak bertanding jawatan presiden.

Tengku Razaleigh gagal mencabar Abdullah dalam pemilihan 2004 kerana hanya mendapat satu pencalonan dari bahagiannya di Gua Musang.

Tengku Razaleigh juga telah menulis surat kepada kesemua bahagian Umno di seluruh negara, menggesa mereka membuat usul supaya diadakan perhimpunan agung tergempar (EGM) bagi membincangkan masa depan Umno dan orang Melayu ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Dalam pilihanraya umum itu, BN memenangi 140 kerusi parlimen dan gagal mengekalkan penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

BN juga kehilangan empat negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor – ke tangan pembangkang, manakala PAS pula berjaya mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi.

Umno pula kehilangan 31 kerusi parlimen apabila hanya memenangi 78 daripada 109 kerusi yang dimenangi parti itu pada 2004.

Bagaimanapun, menurut Abdullah, isu EGM tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat MT hari ini.

Saya tidak akan lari, kata Pak Lah

Technorati Tags: ,,
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: