Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan must be the noblest of the nobles. Any idiot will know you don’t pay for the services and goods that is not stipulated in the order. Unless of course that is Government money, where one eye is closed, where the supplier provides you with the blinkers. You don’t require a Chief Secretary to make this point, when even a lowly paid office boy knows this. What a waste to pay you such high salaries.
What you said in the speech while launching the Guidebook, is just cosmetic. People expect the Chief Secretary to be more pro-active. He left it to the authorities to investigate the RM 100 million fraud. Good. What about your work, you are the boss, can this money be deducted in installments from your salary, the Government can give many extensions until you finish payment.
In the first place how did you allow this type of fiasco to exist. Your down line officers never detailed you. Correct. What do you do next. Call the down liners take disciplinary action, sack them and show you mean business. Let the down liners take action against the next in line and it goes on to the office who closed his eye. That is called accountability.
If you can’t do that, please carry on and enjoy the pension.
I like your answer, on blacklisting the suppliers, please have a party and discuss their problems on supplying blinkers for all those concerned. They may even say, blinkers cost a lot of money, they may have to supply some cotton and some splicing tape for the purpose of covering one eye.
The part on a going a second time is hilarious, your consumer preference is perfect.
Govt Will Not Pay For Goods That Failed To Meet Requirements – Mohd Sidek
PUTRAJAYA, July 31 (Bernama) — The government will not pay for any goods or services which failed to meet the specifications as stipulated in the order, said Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
He said although the government was striving to ensure that suppliers were paid accordingly and on time in line with the call for an efficient public delivery system, payments cannot be made if the goods delivered were not in good condition.
“Like any other consumers, the government has the right to reject consignments that did not meet specifications, or pay for services that were unsatisfactory,” he told reporters after launching the Guidebook on Registering Freehold Property published by the Special Task Force to Facilitate Business (Pemudah) here Thursday.
Mohd Sidek was asked to comment on reports about the delivery of equipment worth RM100 million to the Royal Malaysian Police logistics, such as machetes, bullet-proof vests, boots and beds, mattresses and pillows which were not according to specification.
The Anti-Corruption Agency (ACA) is currently investigating reports from the police that their logistics department had uncovered attempts by suppliers to cheat the department over the supply of the goods.
Mohd Sidek declined to comment when asked if the government could reject the goods and demand for refunds from the suppliers.
He said he would leave it to the authorities investigate.
Asked if the government would blacklist the suppliers involved, he said, the matter would be looked into.
“As a consumer, I am sure you won’t be going to a shop for a second time if you are unhappy with the goods or services,” he said.
One Comment
this KSN only knows how to talk cxxk…he talks on improve delivery system but he himself practising croynism.bribery,power abuse n etc…
RUNGUTAN DAN KELUHAN PEGAWAI-PEGAWAI
PERKHIDMATAN AWAM
Pada pandangan pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia yang masih berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, perkhidmatan yang mereka laksanakan di mana-mana Jabatan dan Kementerian sekarang telah menimbulkan pelbagai rungutan, keresahan dan ketidakadilan yang sukar digambarkan. Tiada saluran khusus yang boleh mereka lahirkan ketidakpuasan hati mereka. Tersilap bahasa atau tersilap langkah, mereka akan ditukarkan ke Jawatan Kumpulan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau lebih dikenali sebagai sistem ‘Pool’, suatu tempat yang boleh dianggap sebagai penghinaan kepada pegawai-pegawai awam. Pegawai-pegawai ini kebanyakannya telah melaksanakan tugas-tugas dengan penuh dedikasi untuk menjayakan sistem penyampaian (Delivery System), strategi-strategi dalam Pelan Integrasi Negara (PIN), e-Government, pelbagai pendekatan elektronik dan pelbagai pendekatan lain bagi mencapai matlamat Kerajaan selama tempoh perkhidmatan mereka. Pelbagai pendekatan baru telah diketengahkan dan dilaksanakan bagi melengkapkan pegawai-pegawai perkhidmatan sebagai World-class Worker. Persoalannya, pegawai-pegawai yang begitu jujur bekerja selalunya ketinggalan dan kebajikan mereka selalu diabaikan; yang pandai bercakap,suka sangat membodek (SSM) selalunya yang menikmati kenaikan pangkat. Pegawai-pegawai yang berada di dalam kelompok dekat dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) /Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) selalunya mempunyai kelebihan dan kesempatan. Namun bagi pegawai-pegawai yang jauh terpinggir, apatah lagi yang berada di luar Negara atau yang berkhidmat di peringkat Kerajaan Negeri, mereka senantiasa tertinggal dan diabaikan.
Rungutan-rungutan yang selalu timbul adalah dikategorikan kepada berikut:
1. Perpindahan ke Jawatan Kumpulan (Pool) di JPA
Keadaan mula timbul di mana kecenderungan Pegawai-pegawai Kanan JPA khususnya KSN/KPPA menukarkan pegawai-pegawai JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam) daripada Jabatan atau Kementerian-Kementerian ke jawatan ‘Pool’ di JPA. Apakah dengan satu kesilapan, maka semua pengorbanan yang telah dibuat semasa perkidmatan mereka selama ini terkubur. Rata-rata pegawai-pegawai ini hanya mempunyai 1 atau 2 tahun lagi untuk pencen. Inikah balasan yang harus mereka terima di akhir perkhidmatan mereka dengan Kerajaan. Sekurang-kurangnya ada amaran dahulu sebelum ditukarkan ke ‘Pool’. Perkhimatan Awam ada peraturan dan tindakan tatatertibnya, kenapa tidak dipakai. Tindakan yang diambil terlalu beremosi, atau terlalu authoritative. Pegawai yang diambil tindakan akan melalui suatu keadaan trauma atau memilukan sepanjang hayat mereka dan perasaan ini akan dialami mereka selepas mereka pencen sehinggalah ke akhir hayat mereka. Apakah ini yang hendak ditonjolkan ketokohan Pegawai-Pegawai Kanan JPA ini, apakah mereka tidak pernah membuat kesilapan?Sedangkan KSN sendiri pernah melakukan kesilapan tidak memakai kemeja batik pada hari pertama ianya dilancarkan!
Setakat ini bilangan yang berada di ‘Pool’ JPA sekitar 20 hingga 30 Pegawai-Pegawai Kanan, kebanyakannya Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dari kategori M54, JUSA C hinggalah ke JUSA B, malah ada juga yang JUSA A. Ada yang keluar dan ada yang masuk ke ‘Pool’ ini, tidak ubah seperti masuk penjara keluar penjara. Suatu pembaziran tenaga mahir yang begitu berpengalaman.Pegawai-pegawai kanan ‘Pool’ ini tidak diberi sebarang tugas hanya ‘punch in and out’setiap hari.Bayangkanlah kerajaan terpaksa menampung bayaran gaji seorang di antara RM8000 hingga RM15000 sebulan bergantung kepada gred jawatan mereka.Membazirkan wang pembayar cukai sahaja! Walau bagaimanapun, dalam hal ini, ada tanda-tanda tindakan yang diambil adalah agak berat sebelah (bias). Di kalangan yang rapat (kroni), walaupun ada membuat kesilapan, tindakan tidak diambil. Tindakan yang diambil tidak dikaji dan diselidiki secara halus.Persoalannya,jika pegawai-pegawai ‘Pool’ ini bermasalah kenapakah KSN/KPPA enggan mengambil tindakan tatatertib atau pun membesarakan mereka? Bagi pegawai-pegawai PTD, di manakah patut mereka mengadu, bagi pegawai-pegawai Jabatan yang bukan gunasama atau jawatan tertutup, perkara ini lebih menyedihkan, tiada belas kasihan, selalunya tindakan diambil tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Lembaga Tindakan Tatatertib atau tidak lagi mengikut Standard Operating Procedure (SOP). Bagi pegawai PTD pula untuk membawa masalah mereka kepada Persatuan Tadbir dan Diplomatik, samalah seperti ibarat tuang air ke daun keladi kerana KSN/KPPA adalah supreme kepada persatuan tersebut. Bagi kebanyakan pegawai PTD, persatuan ini tidak relevan lagi!
2. Perlantikan Pegawai Kontrak
Keadaan sekarang juga lebih cenderung kepada perlantikan peawai-pegawai kontrak, khususnya di peringkat Ketua Pengarah dan Ketua Setiausaha, termasuklah KSN dan KPPA. Apakah Pegawai-Pegawai Kanan lain tidak berkemampuan? Kadang-kadang perlantikan secara kontrak berlaku sampai dua atau tiga kali, hebatnya pegawai-pegawai kontrak ini, seolah-olah merekalah jaguh dalam melaksanakan program dan aktiviti jabatan atau kementerian. Berilah peluang kepada Pegawai-Pegawai Kanan yang lain untuk kenaikan pangkat. Sekiranya peluang ini diberikan, maka berlakulah kenaikan pangkat secara sequential effect, sebagai contoh, seorang KSU yang akan berpencen, jawatannya akan diisi oleh TKSU, dan jawatan TKSU yang akan kosong diisi pula oleh pegawai bawahannya dan begitulah berlakunya pergerakan kenaikan pangkat tadi sehingga ke peringkat yang paling bawah. Satu jawatan yang akan dikosongkan kepada Pegawai-Pegawai Kanan lain, maka pergerakan kenaikan pangkat yang luas akan terjadi sehinggalah melibatkan beberapa peringkat bawahan.
3. Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
Bagi melengkapkan pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam untuk mempunyai ciri-ciri world class worker adalah suatu pendekatan yang patut dipuji. Namun Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam sejak Rancangan Malaysia ke-6 lagi telah diwajibkan mengikuti pelbagai kursus dalam perkhidmatan. Sebagai contoh, seorang pegawai pekhidmatan awam perlu mengikuti kursus dalam perkhidmatan tidak kurang daripada tujuh hari setahun, malah ada yang ambil lebih kerap daripada itu. Pada peringkat awalnya, pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) hanyalah untuk tujuan ini. Namun kemudiannya, program PTK telah dimasukkan elemen peperiksaan sehingalah wajib lulus pada tahap pencapaian tertentu. Yang mana tidak lulus PTK, tidak berpeluang dinaikkan pangkat. PTK ini tidak wujud sewaktu di zaman KSN dan KPPA, oleh itu pelaksanaan ini tidak menampakkan kewajarannya atau justifikasinya, ianya lebih kepada sikap authoritative pihak atasan JPA.Apa kata kalau KSN,KPPA,KSU dan Ketua-Ketua Jabatan juga mesti dikehendaki menduduki peperiksaan PTK yang dikendalikan oleh badan bebas untuk menilai kemampuan mereka?
Dalam hal ini, tindakan dan usaha CEUPACS patut dipuji dalam menangani isu PTK. CEUPACS begitu prihatin dan nampak kewajaran PTK ini sama ada pendekatannya bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan awam, justeru itu, berusaha untuk meringankan beban kursus yang perlu diikuti oleh pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam. Selain daripada isu-isu di atas, isu yang timbul ialah, bagi sesetengah Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam Kanan, masa yang ditetapkan untuk mereka mengambil PTK kurang sesuai, ada kalanya mereka berada di luar negara menghadiri mesyuarat yang melibatkan kepentingan Negara. Mereka diarahkan oleh Ketua Jabatan atau oleh Menteri berkenaan untuk menghadiri mesyuarat di luar negara. Ada kalanya, mereka terlalu sibuk, maka terlepas pandang daripada melayari website JPA. Kerap kali mereka terlewat dan tertinggal bukan melarikan diri daripada mengambil PTK, tapi di atas urusan kepentingan negara. Ini kerap berlaku kepada pegawai-pegawai Wisma Putra, pegawai-pegawai di Jabatan/Kementerian yang seringkali mewakili negara di luar negeri untuk menghadiri mesyuarat, konvensyen-konvensyen antarabangsa dan sebagainya. Jadi pegawai-pegawai beginilah yang selalu tertinggal daripada mengambil PTK dan ketinggalan ini telah menjejaskan kenaikan pangkat mereka. Tidak seperti pegawai-pegawai di JPA di mana pendekatan PTK adalah lebih menjurus kepada tugas-tugas harian perkhidmatan awam mereka di JPA. Walhal, pegawai-pegawai JPA kurang terlibat dengan menghadiri mesyuarat-mesyuarat di luar negara. Oleh itu, mereka sentiasa berpeluang menduduki PTK dan mempunyai masa untuk mengulangkaji silabus peperiksaan di samping pendekatan PTK lebih menjurus kepada tugas-tugas harian Perkhidmatan Awam, oleh itu mempunyai kelebihan untuk memperolehi tahap kelulusan yang cemerlang. Ini merupakan suatu keadaan yang tidak seimbang atau lebih tepat dikatakan berat sebelah. Sebagai contoh, pegawai PTD di Jabatan/Kementerian, ada diantaranya ditugaskan dengan urusan lebih mirip kepada tugasan teknikal seperti di Kem. Sumber Asli dan Alam Sekitar, MITI, MOSTI, Keselamatan, Kem. Kesihatan, Kem. Pertanian dan sebagainya. Pegawai-pegawai ini telah terputus daripada urusan pentadbiran dan pengurusan, termasuklah pengurusan kewangan dan sumber manusia.
Selain daripada itu pegawai-pegawai Kanan di peringkat Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan juga menghadapi isu yang sama. Rata-rata mereka terlalu sibuk dengan urusan di peringkat Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Sekiranya mereka mengikuti PTK, mereka lebih memahami urusan-urusan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan atau Majlis Kerajaan Tempatan.
Oleh itu, PTK perlu dikaji semula atau setidak-tidaknya dihapuskan syarat daripada menduduki peperiksaan.
4. Kenaikan Pangkat
Urusan kenaikan pangkat dan mekanisma yang dilaksanakan oleh JPA telah menimbulkan pelbagai keluhan, rungutan, frustration dan pelbagai ketidakpuasan hati pegawai-pegawai di luar JPA. Pendekatan yang diamalkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat JPA ialah, seseorang penjawat perkhidmatan awam, untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat ialah mesti lulus peperiksaan PTK dengan jayanya. Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi tidak senang hati di kalangan pegawai-pegawai perkhidmatan awam, khususnya yang berada di luar JPA sama ada di Jabatan atau di Kementerian. Keadaan selalunya tidak konsisten. Ada pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat tidak pernah mengambil atau menduduki PTK, tetapi mereka dinaikkan pangkat. Kesempatan ini selalu digunakan oleh pihak JPA sendiri iaitu Bahagian Kenaikan Pangkat JPA. Bila ditanya pegawai-pegawai di Bahagian Kenaikan Pangkat JPA, jawapan yang selalu diberikan ialah belum lulus PTK, atau belum menduduki PTK, tapi bila diajukan ada pegawai-pegawai JPA yang dinaikkan pangkat tanpa menduduki PTK, maka perkara ini didiamkan sahaja. Ada pegawai-pegawai di Jabatan atau Kementerian telah lulus PTK tapi tidak di’confirm’kan dan ada kalanya urusan confirmation terlalu lama, walhal kekosongan jawatan kenaikan pangkat diambil kesempatan diisi oleh pegawai dari JPA, khususnya daripada Bahagian Kenaikan Pangkat dan Bahagian Perkhidmatan JPA.
Pegawai yang bertanggungjawab dalam memperakukan kenaikan pangkat khususnya di peringkat PTD ialah Timbalan Pengarah, Bahagian Perkhidmatan dan Pengurusan JPA. Pegawai ini mengisi jawatan berkenaan sejak 20 tahun yang lalu dan tidak pernah ditukarkan ke mana-mana jabatan atau kementerian di luar JPA. Rungutan yang dibuat bahawa, kenaikan pangkat pegawai-pegawai gunasama, khususnya PTD adalah di atas budi bicara Timbalan Pengarah ini. Kenapakah perkara ini berlaku?, kenapakah pegawai ini berada begitu lama dalam mengendalikan urusan kenaikan pangkat pegawai-pegawai PTD?, adakah pegawai lain tidak layak?. Jawapan ini hanya boleh dijawab oleh KSN dan KPPA sahaja.
Selain daripada itu, yang amat frustration ialah pegawai-pegawai yang mempunyai PhD, yang dibiayai sendiri oleh JPA, sama ada melanjutkan pelajaran di luar negara atau di dalam negara. Kenaikan pangkat pegawai-pegawai yang balik dengan PhD ada yang ketinggalan, malah junior mereka yang berada di JPA, yang tidak pernah melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dapat menjawat jawatan yang lebih tinggi, contohnya jawatan JUSA C. Rata-rata pegawai yang mempunyai PhD yang berada di luar JPA begitu terkilan dengan sikap Bahagian Kenaikan Pangkat JPA. Rungutan mereka, setelah susah-payah buat PhD, mereka diketepikan daripada kenaikan pangkat. Mereka dipilih dan dibiayai untuk melanjutkan ke peringkat PhD oleh JPA melalui satu proses saringan yang begitu ketat. Pertanyaan mereka, adakah ini menjadi satu tindak balas atau kemarahan kepada yang mempunyai PhD. Jadi pegawai yang senior yang mempunyai PhD, masih ketinggalan, menjadi junior kepada pegawai-pegawai daripada JPA. Banyak jawatan JUSA di jabatan dan kementerian diisi oleh pegawai-pegawai dari JPA, kebanyakannya PTD junior daripada JPA. Inilah kesempatan yang diambil daripada PTK, yang mana kewajaran atau justifikasi PTK tidak begitu mantap. Kesempatan ini dimanipulasi sepenuhnya oleh pegawai-pegawai di Bahagian Kenaikan Pangkat JPA dan Bahagian Perkhidmatan JPA. Inilah mungkin yang menjadi penyebab di mana CEUPACS begitu prihatin dengan rungutan pegawai-pegawai perkhidmatan awam. Syabas kepada CEUPACS kerana CEUPACS nampak kepincangan PTK dan kesempatan yang diambil oleh pegawai-pegawai JPA. Jadi persoalannya ke manakah arah Perkhidmatan Awam Malaysia yang mana pegawai-pegawai yang mengendalikan pengurusan perkhidmatan, sumber manusia, kenaikan pangkat, kebajikan pegawai-pegawai awam tidak beramanah sama sekali. Ke manakah Pelan Integriti Negara (PIN) dan sistem merit yang diwarwarkan! JPA perlu menilai semula. Adalah dicadangkan, Bahagian Perkhidmatan dan Pengurusan, khususnya Bahagian Kenaikan Pangkat JPA dirombak dengan menempatkan pegawai-pegawai dari luar JPA yang berpengalaman. JPA perlu menilai semula jawatan Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Pengurusan yang mengendalikan kenaikan pangkat pegawai-pegawai awam. Kalau boleh tukarkan pegawai ini sama ada ke jabatan atau kementerian untuk mengendalikan urusan-urusan antarabangsa atau yang seumpama dengannya. Rungutan di luar JPA, pegawai ini tidak termasuk daripada golongan yang kompeten, tidak telus, tiada keadilan dalam mengendalikan urusan kenaikan pangkat.
Pada suatu ketika dulu, kebanyakan jawatan Ketua Setiausaha (KSU) diisi daripada pegawai-pegawai yang pernah bertugas di INTAN. Sekarang nampak suatu trend baru, di mana kenaikan pangkat diberi keutamaan kepada pegawai-pegawai dari MITI. Persoalan ini hanya dapat dijawab oleh KSN dan KPPA sendiri. Dimanakah ketelusan yang diwarwarkan?. Adakah pegawai-pegawai dari jabatan atau kementerian lain tidak mempunyai kemampuan? Dalam hal ini, nampak sekali, trend di hadapan kita di mana KSU-KSU kementerian akan diisi dan dipenuhi oleh pegawai-pegawai yang pernah bertugas di JPA. Sudah pasti ini akan berlaku. Persoalannya, bagaimanakah KSU-KSU ini yang rata-rata datang daripada JPA akan menguruskan dengan lebih berkesan kementerian-kementerian baru yang tidak pernah mereka ditugaskan dulu. Berilah penekanan dan peluang kenaikan pangkat kepada pegawai-pegawai yang berada di peringkat Kerajaan Negeri, Majlis Tempatan dan sebagainya pula.
Kalau pegawai-pegawai JUSA dari jabatan atau kementerian tidak kompeten, membuat kesilapan, pegawai-pegawai ini ditarik ke jawatan ‘Pool’ di JPA. Dalam hal ini, KSN dan KPPA juga nampak tidak begitu kompeten, kenapa tidak dimasukkan juga ke ‘Pool’. Jangan menuding jari kepada pegawai-pegawai lain sahaja, sedangkan diri sendiri banyak kesilapannya. Jadi cukuplah setakat ini dengan menggunakan pendekatan pegawai-pegawai kontrak ini sebagai KSU atau Ketua Jabatan, berilah peluang kepada pegawai-pegawai kanan lain yang mempunyai kebolehan dan lebih kompeten daripada pegawai-pegawai kontrak berkenaan.
Tujuan keluhan dan rungutan ini adalah untuk diketengahkan kepada pihak yang berkenaan demi meningkatkan kompetensi perkhidmatan awam. Terlalu banyak perkara lain yang tidak disentuh, termasuklah penempatan dan kenaikan pangkat guru-guru yang kurang telus, pemberian biasiswa JPA, kenaikan pangkat dan penempatan jawatan-jawatan bukan gunasama.Terdapat juga kroni-kroni Ketua-ketua jabatan tertentu yang terlibat dengan rasuah dilepaskan begitu sahaja meskipun siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendapati kes adalah ‘prima facie’!